Thursday, April 30, 2009

takdir yang terindah

Bab2
Hujan diluar mengejutkan aku dari lena yang panjang…mencelikkan mata…sedikit menggagau tanganku mencari jam di sisi katil..pukul 4.00pagi?awal lagi..baru aku berkira-kira mahu kembali memejamkan mata…terdetik hatiku..kenapa tak aku minta petunjuk dari yang maha Esa di waktu sepertiga malam ini..bertahajjud…binkas aku bangun…menuju ke bilik air..
Lama aku berteleku diatas marhana…memohon kesejahteraan buat mama…menyembuhkan penyakit lemah jantungnya…juga buat ayah yang telah lama meninggalkan aku….moga-moga rohnya tergolong dalam golongan orang beriman…hanya seketika aku mampu merasa hangatnya pelukan ayah…
Memandang sahaja senyuman mama sewaktu bersarapan di meja makan hatiku jadi tenang…terbang semua pertanyaanku terhadap mama…tak sampai hati mahu mengganggu moodnya yang ceria pagi ini..
“mama..”
“ya”
“iman nak berhenti kerja la..”
“bila?hari ini..”
“kenapa?angin tiada..ribut pun tiada..”bulat mata mama memandangku
“entah..malas la…”balasku sambil ketawa..meliaht reaksi mama yang nampak lucu
“ikut suka la..”balasnya lalu turut sama tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya..
“iya?sebenarnya.. lagi dua minggu result nak sambung degree keluar…tak nak lah serabutkan kepala nanti..”
Mama mengangguk…lalu meneguk air milo yang masih separuh di cawannya…sejalur senyuman kuhadiahkan buat mama…menghantar ucapan terima kasih kerana selalu menyokong semua tindakanku…alangkah beruntungnya aku walaupun aku hanya memiliki mama…tanpa ayah disisi…
Aku sedang menyiram pokok bunga kertas mama sewaktu mendengar suara orang memberi salam…dekat benar suaranya menampar gegendang telingaku…suara lelaki..terkejut punya pasal aku menoleh..menghalakan paip tepat kearah empunya suara…tak bergerak..masih berdiri static di tempat tadi…lencun bajunya dibuatku…masih tak kualihkan sehinggalah mama yang menutup di kepala pili…
Malunya aku bukan kepalang…terasa tebal berinci-inci kulit mukaku melihat tetamu mama yang basah kuyup ‘dihujankan’ oleh aku…padahal matahari masih galak memancarkan cahaya diatas kepala..tapi padan muka dia jugak..siapa suruh buat bagi aku terkejut..nasib badan le…ketawa yang mahu tersmbur kutahan…
“masuk dulu ikhman..salin baju..”suruh mama..siapa mamat ni?mama siapa ajak masuk lagi..confius aku dibuatnya..
“ha yang iman tercegat kat sini buat apa?masuk..cari baju untuk ikhman..”
“baju?siapa punya baju?iman ke?”soalku bodoh..
“kamulah…isy..”
Aku tak berani keluar bilik selepas mama mengambil baju…maluku masih bersisa…mana nak letak muka..mujurlah aku bukan jenis yang suka melatah..kalau tak lagi bertambah-tambah malu….namun perutku yang berbunyi nyaring membantutkan niatku..hai..perut..timing gawat macamnilah engkau nak bunyi pun…adus…
Oleh kerana desakan perutku aku menapak perlahan-lahan keruang dapur…melihat kuih seri muka di dalam Tupperware…aku tersenyum lebar..…bila mama buat kuih ni?hmm…sukanya..perutku bakal dipenuhkan dengan kuih seri muka mama..
































takdir yang terindah

Bab1
Aku memerhati mama yang kelihatan serba-salah mahu berbicara.hatiku jadi kacau..kenapa pulak mama hari ni?selalunya nampak je muka aku terjengul kat muka pintu lepas kerja..tersenyum lebar menyambut aku..ni lain pula telatahnya…tadi beriya-iya katanya mahu berbual denganku..alasannya lama kami tak minum petang bersama-sama..pelik aku dibuatnya..biasanya dia lebih suka kami berbual selepas makan malam….
“mama?kenapa ni?mama macam ni buat iman susah hati la…mama sakit ke?”
“tak”
“dah tu?”aik?sepuluh patah aku tanya sepatah aja dijawab?
“err..”katanya sedikit gagap…menggaru kepala yang tak gatal..anak matanya dilarikan dari memandang kearahku…
“mama.”panggilku.sedikit merayu..moga-moga dia cair..
“tadi..”
“apa?”soalku tak sabar
“ada orang masuk meminang”ujarnya lalu memandang tepat keanak mataku…sudah ada sedikit keberanian barangkali..
Aku tergelak kecil..lucu..mama ni..macam la tak biasa kalau ada orang yang masuk meminang aku..
“la…dah tu?kenapa yang menggelabah semacam ni?tolak ja..”
Mama menggeleng..membuatkan hatiku berdetak kencang..mama tak pernah begini..terasa kering darahku..aku menarik nafas panjang…2 minit..kemudian menghembuskan perlahan-lahan….mula bersuara semula..
“geleng?maksud mama?”
“mama dah terima pun..ni cincin tanda..minggu depan majlis tunang”kata mama sambil meletakkan bekas berwarna merah dihadapanku..
Sedikit terketar-ketar tanganku mahu menyambutnya..separuh hatiku menidakkan..dan separuh lagi mengiyakan..menyuruh aku membukanya…ahhh..mama main-main dengan aku ja ni..
“untuk orang lain kot mama…”
“kamulah..iman suhana ibrahim..”
“tapi kenapa mama terima pulak?iman muda lagi la mama..bawah umur lagi”
Mama mengeluh..bangun..lalu duduk disebelahku…tangannya menggenggam jari-jemariku yang sedang kaku diatas riba…sejuk…
“mama sayang anak mama…”
“dah tu kenapa terima?mama dah tak sayang iman ya?”soalku mula berjauh hati…tangannya ditanganku terasa dingin…
“bukan..”
“so?”
“nanti mama kenalkan dia pada iman ya..”kata mama.. mengalih topic perbincanganku..aku mengeluh..malas mahu bertanya lagi..kesihatan mama kebelakangan ini cukup untuk membuatkan jantungku bergerak tak teratur…dalam keterpaksaan aku cuba tersenyum…membalas genggaman tangannya…dibalasnya…lega barangkali dengan caraku..
Aku memerhati lama kipas yang berpusing diatas kepala…laju..dan agak dingin..namun masih belum mampu meredakan kedinginan hatiku dengan permintaan mama..kenapa tiba-tiba ya mama buat begini?atau ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan dari pengetahuan aku?aku jadi tak senang duduk..bangun..berkira-kira mahu bersemuka dengan mama…namun ku matikan langkah…isy..tak elok pula kacau mama waktu ni..mesti dia dah tidur…bantah hatiku…lalu kembali merebahkan badanku diatas katil..






































terima kasih

Beg yang disandang dibahu perlahan-lahan kulurut kebawah…melabuhkan seketika badanku diatas kerusi panjang di perhentian bas…mak disebelah kurenung penuh kasih…kasihan..mana arah hala tuju kami?kl bukannya kecil…aku memejamkan mata seketika..panas diluar membuatkan tekakku kering…
“ibu..iman nak beli air kejap..ibu nak?”gelengan dari mak cukup untuk membuatkan aku memahami maksudnya…aku bangun..mahu melintas jalan..menuju kearah gerai kecil yang menjual pelbagai minuman dan makanan ringan..menoleh kekiri dan kanan..tiada kereta atau motor..laju kuayun langkah….
“air sirap dua..dengan goreng pisang tu”penjual tadi mengangguk..laju tangannya mengisi goreng pisang kedalam plastic..sementara isterinya mengisi air kedalam bekas minuman..aku menyambut plastic yang dihulurkan…mengucap terima kasih sambil menghulurkan sejalur senyuman.dibalas oleh mereka..
Baru dua langkah aku meninggalkan gerai tadi pandanganku dirasakan kelam…berpinar-pinar..mungkin kerana terik mentari diatas kepala ataupun kerana letih..seharian berjalan tanpa menjamah apa-apa makanan…aku masih berdiri disitu..statik…cuba mengimbangi badan..kereta yang memandu laju dihadapannya tak dihiraukan…dan saat itu pandanganku kelam..aku rebah terlentang diatas aspal..
Adham yang memandu laju terkejut besar apabiila menyangka dia melanggar seorang gadis..berdecit bunyi tayar apabila ditekan brek kecemasan serta-merta..mama disebelah mengurut dada..tanpa berfikir panjang laju dia keluar dari kereta..mendapatkan gadis yang dilanggarnya tadi…
Masih belum kering air mata mak mah melihat iman terbaring kaku diatas aspal..lalu dia mendapatkan anaknya…memangku kepala anaknya yang sedikit luka…berdarah..habis tudung putih yang dipakainya..hatinya kian walang..entah apa nasib malang mereka hari ni…Ya Allah selamatkanlah anakku…doanya..tak putus-putus.
Adham melarikan kereta selaju mungkin…lambat dirasanya mahu sampai ke hospital…hatinya sudah gundah –gulana..terukkah kecederaan gadis itu?memerhati melalui cermin pandang belakang…hatinya dihimpit rasa bersalah melihat ibu..ya ibu gadis itu barangkali menangis teresak-esak sambil mengusap wajah anaknya yang pucat lesi...mereka mahu kemana ya?dengan membawa beg-beg lagi…
“slow sikit am.risau mama..”
“am lagi risau mama..”
“mama tahulah…dah nampak signboard hospital tu…”
“okeylah”balasnya..menurunkan sedikit halaju apabila membelok masuk ke dalam kawasan hospital..lengang…dia bernasib baik…terus memandu ke bahagian kecemasan..mana tahu gadis itu benar-benar parah..
Tak perlu menunggu attendant hospital datang..adham yang menggendong iman masuk ke bilik kecemasan..darah yang terkena pada bajunya tak dihiraukan yang penting gadis itu!dia mahu gadis itu selamat…dia benar-benar berharap…
Sejam menanti penuh debar …adham mundar- mandir dihadapan pintu wad kecemasan…lamanya..pandangannya cuba menerobos masuk melalui cermin jernih dipintu wad itu,..namun tak berhasil..dia kembali berjalan mundar-mandir..
“am..duduk dulu…iman taka pa-apa”
“iman?siapa iman?”
“gadis yang kamu langgar tadi la…iman namanya..”adham tersenyum kecil..sedar kebodohan diri..satu jam menanti dia masih belum pun menyapa wanita yang hampir sebaya mamanya…risau punya pasal..aduhai..malunya..
“err..mak cik..am minta maaf..tak sengaja tadi..betul-betul tak sengaja”katanya menghulurkan tangan..mahu bersalaman…tangannya disambut.sejuk…
“taka pa..dah nak kena..”
“mak cik dah makan belum ni?”melihat gelengan wanita itu adham kian dihimpit rasa bersalah..mesti iman pun masih belum makan…
“jom..akak..kita pergi kafe,..makan..”mak mah menggeleng..dia tiada hati mahu makan…hilang seleranya…dia hanya mahu menanti iman sedar…mahu melihat semula senyuman manis anaknya…
“pergi makan sikit mak cik…biar am tunggu disini..perut mak cik kosong..nanti mak cik pula sakit”adham bersuara lembut.memujuk...dan atas pujukan adham dan mamanya..akhirnya mah mengalah.dia bersama puan khadijah melangkah longlai menuju ke kafe..
“awak ahli keluarga iman aiman yusof?”adham yang terpinga-pinga berfikir…terkejut sebenarnya apabila disoal begitu oleh jururawat..iman?
“yang saya gendong masuk tadi ke?”melihat anggukan jururawat tadi adham tahu…iman..gadis tadi..sedapnya nama dia..iman aiman..
“ya..saya..kenapa nurse?dia okey tak?”
“kejap lagi awak boleh tengok dia…kami akan pindahlkan dia ke wad kenanga..hujung sana..katil no 18…”
“doctor mana?”
“masih dekat dalam..tu ha..dah keluar pun..”ujar jururawat tadi seraya menghalakan jari telunjuknya kearah doctor lelaki yang baru berjalan keluar melepasi pintu wad kecemasan..adham bingkas…mahu bertanya lanjut tentang keadaan iman…
“bagaimana keadaannya doktor”doctor itu mendongak..dan adham terasa seperti pernah mengenali doctor yang merawat iman itu…
“adham?”eh dia tahu nama aku…
“lan?razlan?”soalku kembali..ingat-ingat lupa..
“betullah tu…”
“ya Allah.apa khabar kau?hantu betul..bila kau start kerja kat sini?”lupa pada tujuan asalnya mahu bertanya tentang iman..seronok bukan kepalang…apabila bertemu kembali teman lamanya….
“aku baru kat sini…jomlah…kita berbual kat kafe…”
Baru adham mahu mengiyakan dia ternampak katil disorong keluar dari wad kecemasan.iman!
“aku nak tengok budak ni dulu..”
“dia dah okey..kau langgar dia ke?”
“haah..aku risau ni..”
“dia okey..nanti kau tengok dia…aku nak bincang sesuatu dengan kau ni..jom ke bilik aku..”dengan berat hati adham mengikut langkah razlan..walaupun dasarnya dia mahu mengejar iman..
“duduk dulu..”
“kenapa dengan dia?”soal adham..tak sabar…
“dia okey..aku dah balut lukanya..Cuma aku bimbang kalau-kalau ada darah beku di kepala dia…tadi dia jatuh kuat tak?”
“tak rasanya..”
“kau check la betul-betul..”
“dah…kepala luka..lengan dan kaki pun luka sikit..tapi tak teruk…aku bagi pain killer..dalam 12jam dia akan sedar semula….
“12 jam?maknanya..pukul 1 pagi ni baru dia akan sedar semula?”
“yup..”
“tak apelah..yang penting dia okey…risau aku dibuatnya…”
“yang kau risau sangat ni kenapa?”
“aku yang langgar dia..kau tahu tak?!”
“aku tahu la…kau dah makan ke belum ni?”
“belum..tak ada selera..”
“jom..makan..aku pun free sekarang ni…”kata razlan sambil menarik tangan adham..kalau dibiarkan teruk…risau tak bertempat betul!
Mereka terserempak dengan mama dan ibu iman yang baru keluar dari kafe…dia mengkhabarkan tentang keadaan iman kepada mamanya…ibu iman juga nampak sudah sedikit tenang dari tadi….
Iman mencelikkan mata..kepalanya yang terasa berdenyut-denyut mematikan langkahnya untuk bangun..sakit!aku kat mana ni?cuba mengingati semula apa yang berlaku.beli air..and then..accident?aku kemalangan ke?ataupun pengsan?eh..kat mana ni?melihat cadar..selimut yang serba putih..iman tahu dia dimana..tapi siapa yang membawanya?ibu mana?
Dia menoleh..kelihatan seorang lelaki sedang nyenyak tidur disisinya..lelaki?siapa ni?siap pegang tangan aku lagi..iman menarik tangannya dari genggaman lelaki tadi…sedikit kasar..membuatkan lelaki tai tersedar…wajah iman sudah pucat,…mahu menangis apabila anak mata mereka bertaut..dia takut…
“dah sedar…tunggu ya..saya panggilkan doctor”katanya lalu menghilangkan diri dibalik pintu..sebentar sahaja..dia masuk semula bersama lelaki yang berpakaian seperti doctor..
Memeriksaku ala kadar…bertanya entah apa-apa soalan..aku jadi rimas…nak balik!ibu mana?pandangannya jadi kabur…
“err..jangan la nangis…awak sakit ke?lan..check la dia..dia sakit tu!”
“aku dah check..normal…kepala rasa berdenyut ya?”oleh kerana dihambat rasa malu menangis dihadapan mereka aku mengangguk..memegang kepala..mujur sempat cover kalau tak..malunya..mana la aku nak letak muka…
Sebaik sahaja doktor dan lelaki tadi keluar aku kembali memejamkan mata…denyutan dikepalaku sedikit hilang selepas makan ubat yang diberikan..namu perutku yang berbunyi membuatkan mataku kembali terbuka..lapar!dari semalam aku tak menjamah apa-apa makanan…alahai…
“makan la…awak mesti lapar..”macam tahu-tahu saja lelaki ni..aku menyambut bekas polisterin yang dihulurnya..saya beli tadi…bimbang kalau awak sedar….dan awak lapar..jelasnya tanpa dipinta…
“mak awak kirim salam…esok dia datang…saya suruh dia balik berehat kat rumah..”rumah?aku mengerutkan dahii…bertanya tanpa suara..ibu?dia kenal ibu aku ke?
“maksud saya,…rumah saya..saya bawa mak awak tidur kat rumah saya…”
Aku hanya mengangguk..sedikit terkial-kial mahu mencedok nasi kedalam sudu..susahnya…tapak tanganku kiri dan kanan yang masih berbalut menyukarkan pergerakanku.takkan nak suruh dia suap kot?kenapa la ibu tak temankan aku kat hospital ni?
“saya suapkan ya?”soalnya…dan tanpa menanti jawapanku dia mengambil bekas polisterin ditanganku…menyerbu darah ke mukaku saat sudu disuakan ke mulutku…berpijar rasa kulit muka…panas…menggeleng..
“err..saya suap sendiri la..”
“dengan tangan yang berbalut tu?saya suapkan..awak malu ya?”soalnya sambil tersengih seperti kerang busuk…mukaku kembali merona merah..tak sayang mulut betullah mamat ni!
Melihat ibu yang duduk disebelahku aku tersenyum..gembira..seolah bertahun lama tak berjumpa ibu..rindunya..laju kupeluk tubuh kurusnya..argh..aku memang kebudak-budakan….mamat yang tak aku ketahui dan seorang lagi wanita yang datang bersama ibu tak kuhiraukan….
“hari ni rasa sihat tak?”soal ibu sebaik sahaja aku meleraikan pelukan
“okey dari semalam…rindulah kat ibu”kataku kembali memeluknya….
“kenalkan…adham..dan yang itu puan faridah..”sejalur senyuman kuhulur buat tatapan wanita tadi..api tidak lelaki yang satu itu.ayng sedang tersengih kearahku.argh..aku tak sukalah kat mamat tu…dahlah langgar aku…
“panggil mama ja iman..”
Mama?biar betul..bila aku kahwin dengan mamat tu?kacau!argh..kenapalah aku boleh terjebak dalam family yang terlebih ‘baik’ ni?adus…
3 hari dua malam di hospital membuatkan aku benar-benar kebosanan…mengadap semua yang serba putih..doktor..jururawat…cat..cadar..selimut..argh.jiwaku kacau!mujur tiada siapa yang menemani aku..bebaslah sikit aku nak merayap entah ke mana-mana…
“awak pergi mana?”aku yang baru menarik pintu bilik terkejut disergah begitu…mencerlang anak mataku memandang adham..apa nak marah-marah aku pulak ni?suka hati la…bukannya aku suruh tunggu aku pun…
“siap..awak dah boleh keluar …”
“ibu saya mana?”
“kat rumah..”
“saya nak kena balik rumah awak ke?”
“nampaknya begitulah..”sudah..tak mahulah aku..tak mahu terhutang budi lagi…namun bagaimana aku hendak membantah?mama sudah berada di rumah mereka..ala…menyampahnya aku…
Aku rasakan hubungan ibu dan mama makin rapat.hatiku terusik..sampai bila kami mahu menumpang dirumah mereka?dan adham..selesakah dia?oh tidak..aku perlu keluar dari sini..bersama ibu..pulang ke kampong?benda terakhir yang aku akan lakukan setelah dihalau seperti kucing kurap oleh bapa saudaraku..kejamnya mereka..
“iman.ibu ada hal nak bincang dengan iman”aku tersenyum.mengangguk..menepuk sofa disebelahku supaya ibu duduk disitu.dia akur..
“ada apa ibu?ibu nak ajak iman keluar dari sini ke?iman tak kisah”ibu menggeleng..aku mengerutkan dahi..nampak serba-salah dia mahu berbicara..tentang apa ni?hatiku mula tak keruan.bimbang.
“mama faridah bagi ni.dia nak meminang kamu..untuk adham”kata mama lalu menghulurkan bekas baldu berwarna merah kepadaku..aku menelan liur..tak percaya.secepat ini?
“err..ibu..betul ke?”ibu mengangguk..aku rasa nak pengsan..baru nak masuk 3bulan aku disini mama dah merisik?biar betul!
“iman tak boleh la ibu..kita keluar dari sini ya?”
“kita dah banyak terhutang budi dengan mereka iman..tak salah rasanya kalau iman terima”terasa tercekik leherku mendengar katakata ibu.balas budi?dan aku dijadikan gelang gantinya?kejamnya ibu…iman ni anak ibu..bukan barang yang boleh ditukar ganti!rintihku…hangat pipiku dibuatnya..dibasahi mutiara jernih..sedihnya..
“ibu sayang iman..ibu tak tahu ibu akan hidup sampai bila..yang ibu tahu..adham akan membahagiakan iman.belajarlah menerima dia”mudahnya ibu bercakap..kerana dia bukan ditempatku.dan adham mahukah dia menerimaku?beratnya…
Kubiarkan pertanyaan ibu tanpa jawapan..menerima?tidak..perjalanan hidupku masih panjang.aku perlu bersemuka dengan adham..ya aku perlu berbicara dengan dia dari hati ke hati..
“saya sukakan awak..mama pun..”katanya sambil tersenyum..aku memegang kepala..berpinar rasanya..benarkah adham yang menuturkan ayat itu?
“awak..jangan main-main boleh tak?saya serius ni.”
“me too..saya tak tahu bila perasaan itu hadir..love at the first sight kot!!!”aku benar-benar nak rebah menyembah bumi ni…gila!aku sikit punya serius dia boleh buat sesi luahan perasaan pulak!putus fius ke apa mamat ni?
“saya tak paksa awak terima..tapi saya nak awak tahu..saya sayangkan awak..saya dah anggap ibu awak tu macam mama saya..lagipun saya tak mahu awak rasa tak bebas dirumah ni”bebas?
“saya akan keluar”
“tapi kemana?”
“bumi Allah ni luas adham…”
“kenapa awak degil sangat?sampai hati awak tengok ibu awak sedih?mama saya sedih?elok-elok diorang bahagia..berdua..ada teman berbual..menanam pokok sama-sama..tegar awak merampas semua ini?”
“dan awak tegar mengahwini saya walaupun tak sekumit pun perasaan cinta itu dihati saya?”potongku..dia tersenyum..
“perasaan cinta..kasih..dan sayang boleh dipupuk iman…tak salah kalau kita mencubakan?!”
“awak ingat kahwin ni try and error ke?kalau betul go ahead..kalau salah bercerai?jangan cakap tanpa berfikir panjang..ikut hawa nafsu…”sekali lagi dia terseyum..aku mengeluh..makin tak faham..
“saya dah lama fikir iman..baik buruk semua ini..Cuma awak..tak beri peluang kepada saya langsung!semua orang perlu diberi peluang iman..peluang untuk mencuba..” sekali lagi aku mengeluh..berfikir..
Terkebil-kebil mataku memandang syiling..ada cicak!bahagianya kalau jadi cicak..tak perlu fikir semua ni..just makan..tidur aja!betul ke?mengarut!
Setelah ditambah..ditolak..dibahagi dan didarab..sedikit campur tangan ibu..mama dan adham..aku menerima..ya..semua orang layak diberi peluang..peluang untuk mencuba mencari kebahagiaan..aku juga!
----------------------------
2tahun kemudian..
Larian amsyar aish bin adham hakimi kujejaki..penat!letih..sejak mendapat kaki..anakku yang seorang ini kian aktif..iman tersenyum dalam kemengahan..sudah malas mahu mengejar amsyar yang terkedek-kedek mendapatkan papanya..adham tersenyum..mencempung tubuh montel anaknya lalu mendapatkan isterinya yang sedang duduk..
“iman?”panggilnya lalu mendaratkan lengan dibahu isterinya..iman mendongak.mencari anak mata adham yang leka memerhati pantai chenang.tempat dia dan iman berbulan madu..tempat dia mengajar iman erti kasih sayang.tempat iman memberikan peluang kepadanya.
“iman sayang abang..terima kasih”adham menoleh..bertemu pandang dengan isterinya..
“terima kasih juga kerana iman sudi memberi peluang kepada abang”aku tersenyum..menepuk tangan adham yang memeluk kejap bahuku..kami berbalas senyum..dihadiahkan kucupan dipipi isterinya…mengeratka pelukan..lalu berjalan seiringan menyusuri pantai..terima kasih tuhan..terima kasih diatas kurniaan ini..terima kasih diatas kebahagiannya ini..