Thursday, April 30, 2009

takdir yang terindah

Bab2
Hujan diluar mengejutkan aku dari lena yang panjang…mencelikkan mata…sedikit menggagau tanganku mencari jam di sisi katil..pukul 4.00pagi?awal lagi..baru aku berkira-kira mahu kembali memejamkan mata…terdetik hatiku..kenapa tak aku minta petunjuk dari yang maha Esa di waktu sepertiga malam ini..bertahajjud…binkas aku bangun…menuju ke bilik air..
Lama aku berteleku diatas marhana…memohon kesejahteraan buat mama…menyembuhkan penyakit lemah jantungnya…juga buat ayah yang telah lama meninggalkan aku….moga-moga rohnya tergolong dalam golongan orang beriman…hanya seketika aku mampu merasa hangatnya pelukan ayah…
Memandang sahaja senyuman mama sewaktu bersarapan di meja makan hatiku jadi tenang…terbang semua pertanyaanku terhadap mama…tak sampai hati mahu mengganggu moodnya yang ceria pagi ini..
“mama..”
“ya”
“iman nak berhenti kerja la..”
“bila?hari ini..”
“kenapa?angin tiada..ribut pun tiada..”bulat mata mama memandangku
“entah..malas la…”balasku sambil ketawa..meliaht reaksi mama yang nampak lucu
“ikut suka la..”balasnya lalu turut sama tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya..
“iya?sebenarnya.. lagi dua minggu result nak sambung degree keluar…tak nak lah serabutkan kepala nanti..”
Mama mengangguk…lalu meneguk air milo yang masih separuh di cawannya…sejalur senyuman kuhadiahkan buat mama…menghantar ucapan terima kasih kerana selalu menyokong semua tindakanku…alangkah beruntungnya aku walaupun aku hanya memiliki mama…tanpa ayah disisi…
Aku sedang menyiram pokok bunga kertas mama sewaktu mendengar suara orang memberi salam…dekat benar suaranya menampar gegendang telingaku…suara lelaki..terkejut punya pasal aku menoleh..menghalakan paip tepat kearah empunya suara…tak bergerak..masih berdiri static di tempat tadi…lencun bajunya dibuatku…masih tak kualihkan sehinggalah mama yang menutup di kepala pili…
Malunya aku bukan kepalang…terasa tebal berinci-inci kulit mukaku melihat tetamu mama yang basah kuyup ‘dihujankan’ oleh aku…padahal matahari masih galak memancarkan cahaya diatas kepala..tapi padan muka dia jugak..siapa suruh buat bagi aku terkejut..nasib badan le…ketawa yang mahu tersmbur kutahan…
“masuk dulu ikhman..salin baju..”suruh mama..siapa mamat ni?mama siapa ajak masuk lagi..confius aku dibuatnya..
“ha yang iman tercegat kat sini buat apa?masuk..cari baju untuk ikhman..”
“baju?siapa punya baju?iman ke?”soalku bodoh..
“kamulah…isy..”
Aku tak berani keluar bilik selepas mama mengambil baju…maluku masih bersisa…mana nak letak muka..mujurlah aku bukan jenis yang suka melatah..kalau tak lagi bertambah-tambah malu….namun perutku yang berbunyi nyaring membantutkan niatku..hai..perut..timing gawat macamnilah engkau nak bunyi pun…adus…
Oleh kerana desakan perutku aku menapak perlahan-lahan keruang dapur…melihat kuih seri muka di dalam Tupperware…aku tersenyum lebar..…bila mama buat kuih ni?hmm…sukanya..perutku bakal dipenuhkan dengan kuih seri muka mama..
































0 comments: