Thursday, April 30, 2009

takdir yang terindah

Bab1
Aku memerhati mama yang kelihatan serba-salah mahu berbicara.hatiku jadi kacau..kenapa pulak mama hari ni?selalunya nampak je muka aku terjengul kat muka pintu lepas kerja..tersenyum lebar menyambut aku..ni lain pula telatahnya…tadi beriya-iya katanya mahu berbual denganku..alasannya lama kami tak minum petang bersama-sama..pelik aku dibuatnya..biasanya dia lebih suka kami berbual selepas makan malam….
“mama?kenapa ni?mama macam ni buat iman susah hati la…mama sakit ke?”
“tak”
“dah tu?”aik?sepuluh patah aku tanya sepatah aja dijawab?
“err..”katanya sedikit gagap…menggaru kepala yang tak gatal..anak matanya dilarikan dari memandang kearahku…
“mama.”panggilku.sedikit merayu..moga-moga dia cair..
“tadi..”
“apa?”soalku tak sabar
“ada orang masuk meminang”ujarnya lalu memandang tepat keanak mataku…sudah ada sedikit keberanian barangkali..
Aku tergelak kecil..lucu..mama ni..macam la tak biasa kalau ada orang yang masuk meminang aku..
“la…dah tu?kenapa yang menggelabah semacam ni?tolak ja..”
Mama menggeleng..membuatkan hatiku berdetak kencang..mama tak pernah begini..terasa kering darahku..aku menarik nafas panjang…2 minit..kemudian menghembuskan perlahan-lahan….mula bersuara semula..
“geleng?maksud mama?”
“mama dah terima pun..ni cincin tanda..minggu depan majlis tunang”kata mama sambil meletakkan bekas berwarna merah dihadapanku..
Sedikit terketar-ketar tanganku mahu menyambutnya..separuh hatiku menidakkan..dan separuh lagi mengiyakan..menyuruh aku membukanya…ahhh..mama main-main dengan aku ja ni..
“untuk orang lain kot mama…”
“kamulah..iman suhana ibrahim..”
“tapi kenapa mama terima pulak?iman muda lagi la mama..bawah umur lagi”
Mama mengeluh..bangun..lalu duduk disebelahku…tangannya menggenggam jari-jemariku yang sedang kaku diatas riba…sejuk…
“mama sayang anak mama…”
“dah tu kenapa terima?mama dah tak sayang iman ya?”soalku mula berjauh hati…tangannya ditanganku terasa dingin…
“bukan..”
“so?”
“nanti mama kenalkan dia pada iman ya..”kata mama.. mengalih topic perbincanganku..aku mengeluh..malas mahu bertanya lagi..kesihatan mama kebelakangan ini cukup untuk membuatkan jantungku bergerak tak teratur…dalam keterpaksaan aku cuba tersenyum…membalas genggaman tangannya…dibalasnya…lega barangkali dengan caraku..
Aku memerhati lama kipas yang berpusing diatas kepala…laju..dan agak dingin..namun masih belum mampu meredakan kedinginan hatiku dengan permintaan mama..kenapa tiba-tiba ya mama buat begini?atau ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan dari pengetahuan aku?aku jadi tak senang duduk..bangun..berkira-kira mahu bersemuka dengan mama…namun ku matikan langkah…isy..tak elok pula kacau mama waktu ni..mesti dia dah tidur…bantah hatiku…lalu kembali merebahkan badanku diatas katil..






































0 comments: